Masjid Jamek DUN Kuala Linggi

Kempen Kutipan Dana Pembangunan & Penambahbaikan Fasiliti Masjid. Bersama kita membina saham akhirat.

Sumbang Sekarang

Pengenalan

Masjid merupakan institusi utama dalam pembentukan masyarakat Islam yang sejahtera, berfungsi bukan sahaja sebagai tempat ibadah, tetapi juga pusat ilmu, sosial dan perpaduan ummah. Seiring dengan peningkatan bilangan penduduk di kawasan Kuala Linggi serta keperluan kepada kemudahan ibadah yang lebih selesa dan strategik, pembinaan sebuah Masjid Jamek baharu di DUN Kuala Linggi amat diperlukan

Masjid sedia ada, iaitu Masjid As-Sakinah Kampung Baru, kini tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah, terutamanya dari kampung-kampung dan taman-taman berhampiran. Lokasi masjid tersebut yang terletak di kawasan padat dengan kediaman menyebabkan proses pembesaran masjid tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, ketiadaan kawasan parkir yang mencukupi turut menimbulkan kesulitan kepada para jemaah.

Objektif Kutipan Dana

Keselesaan

Menyediakan tempat ibadah yang selesa dan kondusif untuk penduduk setempat.

Kapasiti

Menjadi pusat pengembangan ilmu, dakwah, dan aktiviti kemasyarakatan.

Fasiliti

Menggalakkan perpaduan umat Islam melalui pelbagai program yang akan dijalankan di masjid.

Fasiliti

Berpotensi untuk menjadi Masjid Pelancongan kerana terletak di laluan ke kawasan pelancongan seperti pantai Telok Gong dan Sungai Tuang

Cadangan Pembinaan

1

Peluasan Ruang Solat Utama

Menambah keluasan dewan solat bagi menampung kapasiti jemaah yang padat.

2

Dewan Serbaguna

Pembinaan dewan baharu untuk majlis ilmu, kenduri, dan aktiviti kemasyarakatan.

3

Pusat Wuduk & Tandas

Menaik taraf dan menambah bilangan pili wuduk serta bilik air yang lebih mesra OKU.

4

Kawasan Letak Kereta

Penurapan semula dan pembesaran kawasan parkir untuk kelancaran lalu lintas.

Surat Kebenaran Pungutan Dana

Bagi memastikan ketelusan, kutipan dana ini telah mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa agama negeri.

Salurkan Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan terus ke akaun rasmi masjid atau melalui imbasan kod QR di bawah. Semoga Allah membalas kebaikan anda berlipat kali ganda.

Pindahan Bank Dalam Talian

Nama Bank

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Nama Akaun

JAWATANKUASA PENAJA MASJID JAMEK DUN KUALA LINGGI

No. Akaun

0411 7411 0004 7363

Imbas DuitNow QR

QR Code

Boleh diimbas menggunakan semua aplikasi perbankan & e-Wallet.